Cat's Memoir Website
Ocean 02/07/2010
 
Picture
How much deeper would oceans be if sponges didn't live there?

 
Olive Oil 12/30/2009
 
Picture
  If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?
 
Criminals 12/28/2009
 
 
Plastic Surgery 12/28/2009
 
Picture
  Never agree to plastic surgery if the doctor's office is full of portraits by Picasso
 
 
Picture
Kuantan, Pahang
14 Sept 1991

Assalamualaikum.
Kehadapan Hana dan semoga dikala ini sihat walafiat dan gembira selalu hendaknya. Abang kat sini alhamdulillah sihat.
Agak terperanjat juga bila dapat poskad dari Hana. Bukannya apa.. cuma tak sangka hana akan still hantar berita sedangkan..anyway, berbanyak banyak terima kasih diatas kiriman postcard walaupun hanya sebaris ayat.. 
Tahniah abang ucapkan kerana hana berjaya mengikuti kursus French tu. Kalau tak silap, kursus bahasa kat Malaysia ni hanya akan ambil masa setahun aje kan. Sebab kawan abang yang ikut kursus ni juga dah pun fly ke France.
Hmm..kat Subang Jaya sana, ada tak lagi bebudak SMS Muar batch hana atau hanya hana sorang je? Kalau hana sorang, pandai pandai lah berkawan dan jagalah diri baik baik. There's no one to look after you.. Cuma pegang dalam hati : Adat perantau, dah le duduk kat tempat orang. Jangan merah merah muka lagi kalau ada yang mengusik..
Abang kat sini sedang dalam semester 'Fall', semester ke 4. Maknanya abang hanya tinggal satu semester saja lagi nak dihabiskan kat sini. Itupun kalau tak ada subject yang kena repeat. Alhamdulillah, setakat ni tak ada lagi repeat. Doakanlah kejayaan abang ok, sebagaimana abang doakan kejayaan hana.
Rasanya cukup setakat sini saja surat dari abang. Tak tahulah jika kita masih boleh berhubung selepas ni. Rasanya seperti tak mungkin kan..Masing masing menuju arah yang berlainan. Cita cita lebih penting dari yang lain lain..Manalah tau satu hari nanti kita mungkin akan berjumpa semula. Maafkanlah segala kesilapan dan salah faham yang wujud..
Go for Excellence. Wasallam..
Dari yang jauh
 
Warkah Dari KL 12/20/2009
 
Picture
Petaling Jaya, Selangor
20 April 1996

Dearest Sis,

How are you? Hope semuanya ok dan ceria selalu. Min kat sini macam biasa. Lega rasanya sebab exam dah over walaupun still tak puas hati dengan jawapan exam tu. Ye lah..time terlalu terhad masa jawab soalan accounting. At last balance sheet jadi macam 'imbalance' sheet aje hehehe. Tak tau lah sampai bila boleh teruskan kat sini sebab semuanya makin susah. Anyway, Min still hope for the best walaupun standing mark hari tu tak berapa elok. Makin cerita, makin tension.
Sis macam mana? Semester ni graduating semester kan? ish.. ish..ish.. masa berlalu begitu pantas dan kita terperangkap kat tengah tengah. Tapi harap2 time will let us see each other. Somewhere, someplace...
Sorry sebab lambat balas surat sis yang panjang lebar tu (seronok sangat bila dapat). Member semua jealous tengok setem luar negeri. Thanks for the surat.. eh and also untuk cerita2 kat dalam dia.
Chewah, chewah seronoklah sis. Kat bandar tu yang Melayu cuma lelaki. Dia orang tak buli sis ke.. suruh masak? hehehe. Sis tak mau pilih Frenchmen ke? Orang kata French guys romantic. Mesti 'cair' kan kalau dengar ayat2 dia orang. Lebih2 lagi sis yang suka sangat tengok filem2 romantik :). Tapi romantik tak semestinya setia, betul tak?
 Tapi betul lah apa sis kata.. there's no specific formula or instruction bila tiba soal hati. Cuma kata orang, jangan terlalu cintakan seseorang sampai ter over over. Takut nanti bila berpisah, terus benci sebencinya. Min pun banyak belajar dari pengalaman. Dulu masa kat sekolah, Min ada minat kat seseorang. Ingat lagi tak "N", adik yang sis selalu puji waktu dulu dulu? Tapi Min tak pernah bagi tau kat dia. Min senyap aje sampailah habis sekolah. Ceh, jangan le terkejut dengar cerita ni. :) Saja nak cerita kat sis something pasal zaman sekolah dulu. Tak sangka kan :)?
Adik sis ni pun pandai simpan rahsia macam sis dia juga.
Anyway, hari dah lewat ni. Take care n wasalam.
 
 
Picture
Langkawi
28 Sept 1997

Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya ingin menyusun jari yang ada sepuluh ini untuk meminta maaf atas apa yang telah saya buat sehingga awak menangis atau memendam rasa. Saya rasa mesti awak marah punya.

Macam mana dengan kehidupan awak kat sana? Mesti aman kan? Ye lah tak ada gangguan dari saya, ye tak? Sudah tentunya awak ada dengar serba sedikit tentang apa yang berlaku di sini. F dah tak bekerja kat sini lagi, dia dah berhenti dan berpindah ke Gurun.

Buat masa ni, Acting AFOM di sandang oleh Sandra. Sepeninggalan awak, Sandradan Kak D kena kerja lebih masa. Tapi tak apalah sebab dia orang boleh claim OT. Kayalah dia orang. 1 Oct 1997, seorang AM baru (lelaki) akan masuk. Haliza pulak dah naik jadi acting AM. Sebenarnya bulan lepas dah ada AM baru masuk tapi cuma tahan 3 hari aje. Lelaki pulak tu. Tak macam awak, lama bertahan .

Cerita pasal orang, memang best untuk dengar. Cerita pasal saya? Seperti yang awak sedia maklum, saya masih macam ni, tak ada apa apa perubahan untuk dikongsi. Masih lagi suka menyakat orang tapi takut untuk.... Saya rasa awak tahu apa yang saya maksudkan tu. Saya ada le sukakan seseorang tu tapi masih lagi dalam tahap pemerhatian sebab dia ni agak ramai yang suka. Dia ni awak memang kenal sangat. Saya lebih suka lihat dan dengar dulu.
Macam mana dengan awak kat sana? Tentu ramai yang suka awak, maklumlah orangnya kecil dan senyuman yang menawan lagi tu. Kalau dah ada someone, bagi tau lah kat saya , bolehlah saya sebarkan berita sensasi ni di seluruh hotel ni. Tu dia..busybodynya saya ni kan. Jangan marah..ni gurauan semata mata untuk lepaskan boring saya pada hari ni.
Oh ya. Cerita punya cerita, terlupa pulak. Di dalam surat ni ada saya sertakan sekali surat Seaman B yang sedang belayar mengelilingi dunia membawa hati yang memang kecil di perantauan. Apa yang ditulisnya dalam surat tu, awak bacalah dengan teliti dan janganlah sampai meinitiskan mutiara yang bernilai dari mata awak lagi. Kelas gitu.
Sebenarnya ini ialah surat kedua yang dia hantar. Surat yang pertama, tak tau siapa yang dapat dan buka. Tapi yang ini dijamin hanya saya saja yang tahu isi kandungannya. Maklumle kerja saya un menapis report report baru bagi pada boss.
Rasanya dah panjang apa yang saya tulis ni. Saya harap lepas ni, awak akan balas surat ni. Saya juga harap kita boleh lagi berkawan dan berlawan sekali sekala seperti waktu awak masih di Langkawi. Oh ye, kalau berinai di jari tu, jemputlah saya disini ye. Insyaalah dapat cuti saya akan sampai kat sana.
Bye,
Burung Hantu Langkawi.
 
Warkah Dari Adik 12/20/2009
 
Picture
Selangor 1984

Dear Sis,

Hope that you are in the best of health :) (Nak try tulis kat sis dlm BI.. manalah tau sis dah tak tahu nak baca BM lagi hehehe. Gurau je sis). But sekali sekala tulis in BI , boleh ye.
I'm fine here. Life goes on as usual except for a few changes here and there in my life in IIU main campus.
Thanks for your latest letter, sis. Hope you don't mind for my long silence. It is not a matter of forgetting you at the other side of the world. You are always in my mind. :) Just that i do not know what to write to you. In other words: lack of ideas... Sis tengok macam macam benda baru kat sana, sedangkan suasana kat sini semua sis dah tau. 
Ok, let me update you on my activities :). Now i'm learning 6 subjects. Having quite a busy period. Crammed with assignments and also with people! Sis tau.. IIU Campus is the smallest university in Malaysia. Too limited space. They put us 8 people in a room. Just feel like living in a cage. Even living in Matrics at Lembah Pantai was better than this. Hope that the new campus in Gombak will be ready soon. Tak tahan sis..
By the way, sis ingat Nazhatul Shima? Jangan lak tak ingat. We were once in the same dorm in Sarjana 2. She's going to further her studies in London in September. Best nya.
Oh ya. Maybe sis have not heard about this yet. :) Sis kan, kalau orang tak cerita, tentu dia tak tahu. Kat Malaysia time ni, people are busy discussing about Arqam <em>**</em>.
This organisation has been banned by the government as their teaching is proven to deviate from the true teachings of Islam. I can still remember a friend of mine. She quit from IIU after joining the Arqam. Mula2 , she neglected her studies. Lepas tu, absent from class and lastly did not sit in any of the exams. Just cannot imagine what will happen to her now. Hope that she's alright.
Sorry lah sis, kalau sis tak minat dengan berita 2 cam ni. Actually, i don't have any idea what to tell you since it has been a long time since we contacted each other. How's your life over there? Still facing so many unexpected things? :)I agree, sis, life is full of unexpected events. One must learn to be strong and remember that life goes on.
Be strong, sis, and may Allah bless you :)

-Az-
----------------------------------------------------------------------
Cat: Just FYI: Nama penulis, gaya tulis dan ada juga yang cat dah tapis dan tak letak dalam notes cat. Sebab some things are personally for me. But the events are real. A few changes here and there based on cat's thots and memories. Just a quick note on the above supaya tak de salah faham :)
<blockquote>**</blockquote>short info:
Arqam ialah satu pergerakan ajaran sesat, yang quite controversional in the 1994's. Pengasasnya : Ashaari Mohamad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah.
Arqam bermula dgn 10 orang saja pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian jadi 40 orang pada tahun 1976 dan bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 6,000 ahli yang fanatik.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75 sebab mereka yang terlibat kebanyakannya para pelajar yang bertindak tinggalkan pelajaran serta keluarga untuk menyertai Arqam.
Di antara kepercayaan mereka adalah bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam.
Mereka juga yakin Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia boleh ditemui secara jaga selain melalui mimpi. Rasul dan para sahabat dikatakan akan mengesahkan siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya. Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman .
Pengaruh Arqam besar : mereka ada 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Malah, pada tahun 1993, Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam serta membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan dan diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari mengisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan.
Diharamkan
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhammad, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986.
Arqam jatuh pun sebab politik. Ashaari bergaduh dgn Akbar Anang merebut puncak pimpinan. Akbar tersingkir, dan dia laporkan kegiatan Arqam pada Pusat Islam on 1979. Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994. Kerajaan telah mengharamkan kumpulan Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan pada 5 Ogos 1994: bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.
Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.
Rujukan:
a)Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya oleh Mohd. Lazim Lawee,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, 2004.
223 halaman + indeks. ISBN 967-942-682-3.
b)Tersungkur di Pintu Syurga, Zabidi Mohamad]] , Zabidi Publication, Kuala Lumpur , 1998
 
Warkah Dari KL 12/20/2009
 
Picture
3 Jan 1998
Jalan Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur

Dear Hana,

Assalamualaikum. Wah..sejak dah jadi manager ni, bukan tau nak call orang. Mentang mentang le kita ni kuli, dia boss. Apa nak buat kan. Tak setaraf le kononnya. Adat le tu kan: kuli kawan dengan kuli. Boss kawan dengan boss. Hehehe

So, amacam? Sihat ke. Memang le terasa nak merajuk tau. Awak tu asyik busy memanjang. Sampaikan hendak kahwin pun tak bagitau kawan kawan. Itu hari, Azam ada call ke hotel, tapi operator kata Hana tak ada. Tahun baru, so Hana cuti. Tu lah.. tahun baru orang semua kerja keras, dia boleh senang senang cuti kat rumah.

Hope you'll like this card raya. Hana kan suka gambar kartun. Cadang nak postkan esok, takut lambat pulak, nanti posmen tak hantar. Ok lah, Azam just nak mintak maaf atas segala kesalahan dulu dulu. Azam kerja raya ni. Raya ke tiga baru start cuti , balik Ipoh. Walau dah jadi boss, ambik ambik le seminit dua tu untuk hantar berita kat kawan kawan. Moga happy selalu dan take care ok. Dah ada orang jaga ni, jangan lak lupa nak makan lagi.

Wasalam..
 
 
Picture
Samura 1989

Dik Hana,

Liku yang bakal kau tempuhi kelak adalah berliku liku dan merumitkan.
Kadangkala kau pasti akan terluka olehnya. Lantas izinkan kakak menulis sebuah puisi untukmu:

Untuk kau jaya
Kau harus tabah
Kau mesti kepal azammu
biar mereka tahu
biar mereka mengerti
Usah kau berpaling
Jangan berpatah arah
Itu pesanku

Hanya untukmu
Telah sedia menanti
Sebuah Puncak Impian
Suatu pengharapan
Dari perjuangan
Dari kerajinan
Oleh itu
Usahalah..

Dari kakak
Rashimah M Terasid